Kes bunuh Zayn Rayyan: Sehelai stoking jadi petunjuk terbaharu


  • 112
  • Rabu, 13 Dis 2023

Stoking terrsebut dijumpai pada Rabu dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

POLIS menemukan sehelai stoking pada Rabu dalam kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, stoking itu perlu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan sama ada ia milik Zayn Rayyan atau bukan.

"Kami jumpa sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan kanak-kanak itu atau bukan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Pada Selasa, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa untuk melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram