Anggota forensik bawa keluar plastik kecil dipercayai bahan bukti terbaharu kes Zayn Rayyan


  • 112
  • Isnin, 11 Dis 2023

Anggota forensik selepas hampir satu jam melakukan operasi pencarian bahan bukti lain berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin. — Malaysia Gazette

OPERASI menjejaki suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor sejak 9 Disember lalu nampaknya tidak pernah berhenti.

Pasukan penyiasat antara yang terlibat dalam operasi tersebut adalah Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor, Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor.

msg1050426791-20159

Anggota PDRM yang tidak berhenti menjalankan operasi pencarian bahan bukti kes Zayn Rayyan. — Bernama

BACA LAGI : Polis ambil sampel rumah Zayn Rayyan untuk teruskan siasatan

Terbaharu, beberapa anggota pasukan forensik kelihatan tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan pukul kira-kira 6.30 petang pada Isnin bagi mencari bahan bukti lain berhubung kejadian.

Selepas hampir satu jam melakukan operasi berkenaan, beberapa anggota forensik dilihat membawa keluar plastik kecil dipercayai bahan bukti lain dari lokasi penemuaan Zayn Rayyan, lapor Malaysia Gazette.

Bagaimanapun, pihak media digesa untuk tidak berada di dalam kawasan tersebut dan masih belum menerima sebarang maklumat penuh tentang penemuan bahan bukti itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram