'No one else will ever know', ibu Zayn Rayyan titip pesanan sayu di Instagram


  • Massa
  • Isnin, 11 Dis 2023

Tangkapan skrin memaparkan perkongsian yang dimuat naik ibu Zayn Rayyan baru-baru ini. — Instagram/Ismanira

"NO one else will ever know the strength of my love for you. After all, you're the only one who knows what my heart sounds like from the inside," demikian luahan hati Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin menerusi Instagram.

Luahan hati Ismarina di platform media sosial itu turut disertakan dengan gambar-gambar kenangannya bersama Zayn Rayyan.

Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dilaporkan hilang tengah hari pada 5 Disember lepas di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai berhampiran kediamannya pada 6 Disember, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman.

msg1050426791-20158

Zayn Rayyan (dua dari kanan) sebelum meninggal dunia.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian sejak pukul 9 pagi Isnin untuk mencari petunjuk baharu serta mengutip sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang berkaitan, bagi membantu siasatan.

Pihak media juga dimohon oleh pihak polis agar tidak berada berdekatan dengan lokasi kejadian kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

msg1050426791-20159

Pihak polis yang giat menjalankan siasatan di kawasan kediaman Zayn Rayyan. — Bernama

Sekumpulan petugas media yang akur dengan arahan polis itu berkumpul di satu kawasan yang redup di blok S apartment itu iaitu kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian.

Pada 10 Disember, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman di Damansara Damai menjadi tumpuan polis bagi mengesan bukti baharu kes bunuh kanak-kanak itu yang memasuki hari kelima siasatan.

Polis juga dilaporkan telah mengumpul 228 sampel DNA penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram