Kali terakhir melancong di Perth, banker idam tiket percutian ke Taiwan


  • Bizz
  • Khamis, 14 Dis 2023

Mohd Hanif Din merupakan pemenang minggu ke-17 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

REZEKI tidak pernah salah alamat, Mohd Hanif Din, 40, bersyukur diberi peluang menjadi salah seorang pemenang minggu ke-17 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Mohd Hanif merupakan pemenang bertuah apabila meraih hadiah jam tangan Braun Buffel dalam kempen yang bersempena ulang tahun kedua bagi portal Majoriti.

Diia yang merupakan seorang pegawai bank berasa sangat bertuah apabila memperoleh hadiah bernilai RM1,781 itu.

"Selepas saya nampak iklan di papan iklan (billboard) saja mencuba nasib, saya sangat terkejut dan tak sangka bila terima panggilan beritahu saya menang hadiah mingguan," katanya.

Dia yang berjaya memenangi hadiah mewah itu turut berkongsi cerita kepada isteri dan kawan-kawannya agar turut serta bersama dalam peraduan ini.

"Saya ada ajak isteri untuk masuk kempen ini sekali, saya juga cerita kepada kawan-kawan yang saya ambil hadiah pada Rabu," katanya.

photo_2023-12-13_21-20-33

Mohd Hanif ingin merebut tiket percutian ke Taiwan untuk meluangkan masa di luar negara bersama isteri tercinta.

Beliau turut menyimpan harapan untuk memenangi hadiah lebih besar iaitu tiket percutian ke Taiwan untuk dua orang.

"Saya suka travel dengan isteri, tapi kebelakangan ini saya tidak dapat bercuti ke luar negara kerana anak saya tidak berapa sihat, tetapi Alhamdulillah anak sudah sihat, manatahu ada rezeki.

"Kali terakhir saya pergi bercuti bersama isteri adalah di Perth, Australia," katanya.

Selain itu, dia turut tertarik merebut hadiah utama berupa kondominium by The Hills yang terletak di Taman Melawati.

"Saya ingin menang hadiah utama untuk pelaburan, kerana kondominium itu bernilai tinggi," katanya.

Gemar mengetahui isu terkini, Hanif sering membaca berita yang dikeluarkan dalam portal Majoriti.

"Saya biasanya baca berita sukan di portal ini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram