Guru bertuah menang minyak wangi mewah, kini idam kondo untuk dijadikan rumah pertama


  • Bizz
  • Rabu, 13 Dis 2023

George Chuah merupakan pemenang bagi minggu ke-14 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TEKAD mahu memenangi hadiah utama, George Chuah, 30, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya selepas menjadi pemenang minggu ke-14 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Hanya mengambil masa dua minggu, George Chuah sudah membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy.

Dia yang merupakan seorang guru berasa sangat gembira mampu memenangi hadiah itu hanya dengan melanggan RM30 sahaja.

photo_2023-12-12_21-08-09

George Chuan merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy.

"Rasa sangat bertuah, kerana kawan saya ada yang masuk peraduan ini tetapi saya yang menang hadiah bernilai RM290 ini," katanya.

Selepas beraih kemenangan, dia turut meluahkan hasrat terpendamnya untuk merebut hadiah utama berupa kondominium LEA by The Hills.

Menurutnya, dia mengidamkan kondo mewah bernilai RM602,800 di Taman Melawati itu untuk dijadikan sebagai rumah pertamanya.

"Saya teringin mahu ada rumah sendiri kerana buat masa sekarang tinggal menyewa bersama-sama rakan sekerja di kawasan Batu Caves, Gombak, Selangor.

"Kalau terpilih, dapatlah saya meninjau keindahan persekitaran kawasan perumahan itu," katanya.

Selepas menjadi salah seorang pelanggan portal Majoriti, George turut membaca berita yang dikeluarkan oleh portal ini.

"Saya suka baca berita dalam dan luar negara untuk tahu isu terkini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram