Pemenang mingguan idam menang kondo mewah, mahu jadikan homestay


  • Bizz
  • Ahad, 10 Dis 2023

Abdul Aziz Zakaria (kiri) merupakan pemenang minggu ke-14 bersama isteri tercinta, Nadzira (kanan).

PEMENANG minggu ke-14, Abdul Aziz Zakaria, 36, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium LEA by The Hills di Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas namanya diumumkan sebagai pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Abdul Aziz yang memenangi minyak wangi berjenama mewah Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml itu meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk meraih hadiah utama tersebut.

Menurut Aziz, dia ingin memiliki hadiah utama untuk dijadikan sebagai aset masa hadapan.

"Saya tinggal di Sungai Petani, Kedah, jadi kalau terpilih boleh saya explore tempat itu dan juga mungkin dijadikan sebagai homestay atau rumah sewa," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-12-09 at 3.08.41 PM

Abdul Aziz memenangi hadiah minyak wangi mewah Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml.

Dia yang bekerja dalam sektor servis barangan turut berasa gembira apabila diumumkan sebagai pemenang mingguan.

"Saya beritahu kawan sepejabat waktu menang, Alhamdulillah rasa bertuah, saya baru langgan portal ini dalam sebulan lebih," katanya.

Selepas menjadi salah seorang pengikut portal Majoriti, Aziz turut mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan portal ini.

"Tengok lebih kepada politik, kadang ada berita-berita politik," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram