HANYA bermodalkan RM30, Raja Suhana Raja Muda terpilih sebagai pemenang minggu ke-14 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Wanita yang berusia 40 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.
Dia berasa sangat bersyukur memenangi minyak wangi berjenama premium itu kerana menganggap usahanya menyertai kempen tersebut sangat berbaloi.
"Rasa tidak sia-sia sangat dapat menang hadiah bernilai RM290, padahal langgan RM30 sahaja, tak terjangka mampu terpilih.
"Apabila dihubungi pihak Star Media Group, saya rasa sangat gembira," katanya.
Raja Suhana merupakan pemenang minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.
Malah, dia yang merupakan seorang pekerja swasta tidak menyangka selepas diberitahu bahawa pemenang mingguan masih berpotensi merebut hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen Majoriti.
"Oh, masih berpeluang ke? Alhamdulillah, saya ingin rebut hadiah utama berupa kondo," katanya.
Raja Suhana berkata, dia mengidamkan hadiah kondominium LEA by The Hills kerana menganggap kondominium yang terletak di Taman Melawati itu sangat menarik dan memiliki nilai hartanah yang tinggi.
"Saya rasa kondominium itu lokasinya amat strategik iaitu di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur, jadi untuk beli rumah di situ, harganya memang sangat tinggi.
"Malah, persekitarannya ada pelbagai kemudahan yang beri keselesaan serta kemudahan buat seseorang yang mendiami kawasan itu," katanya.
Selain itu, dia turut mengimpikan untuk memenangi hadiah berupa baucar AEON bernilai RM25,000 kerana ingin membeli pelbagai perkakas rumah yang terjual di pasar raya besar itu.
"Di AEON, ada macam-macam pilihan barangan rumah dan perkakas elektrik seperti seterika, ketuhar gelombang mikro, peti ais dan bermacam-macam lagi.
"Jadi sangat bertuah kalau terpilih untuk memenanginya," katanya.
Raja Suhana turut memuji portal Majoriti yang memiliki berita yang dari pelbagai negara.
"Sebenarnya saya langgan untuk baca berita dalam talian, saya suka baca berita luar negara macam maklumat mengenai konflik Palestin-Israel dan lain-lain," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram