[VIDEO] Wanita cedera parah dirempuh lori terbabas di Kuala Krai


  • Tular
  • Selasa, 12 Dis 2023

Keadaan sebuah rumah dan warung kopi yang dirempuh sebuah lori dari arah bertentangan di Kuala Krai, Kelantan pada Selasa.

SEORANG wanita cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua buah lori di Kuala Krai, Kelantan pada Selasa.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Facebook IDKK, kemalangan berlaku apabila salah satu lori berkenaan terbabas sebelum merempuh sebuah lagi lori dan motosikal yang berada di lorong bertentangan.

Pada masa sama, salah seorang pengguna lain sempat berkongsi satu rakaman kamera papan pemuka (Dashcam) yang memaparkan kejadian penuh ketika itu.

msg1050426791-20254

Keadaan ketika kemalangan berlaku. — Facebook

Dalam video itu, lori terbabit turut merempuh sebuah rumah dan warung kopi berhampiran lokasi kejadian.

Berdasarkan beberapa gambar yang disertakan dalam hantaran berkenaan, kedua-dua bangunan mengalami kerosakan teruk selepas dirempuh.

Menurut pengguna Facebook Niniey Hany Abdullah juga merupakan adik kepada salah seorang mangsa kemalangan itu, mengesahkan bahawa kakaknya yang menaiki motosikal ketika itu cedera parah selepas dirempuh.

Katanya, mangsa yang mahu dikenali sebagai Noor Hafizah cedera pada kedua-dua tangan, kaki kiri dan juga muka.

"Kaki kiri, betis dan paha patah. Kedua-dua belah tangan pun patah serta mukanya bengkak," katanya kepada Majoriti.

Pada masa sama, Niniey berkata, mangsa sudah dikejarkan ke hospital dan masih menunggu perkembangan terkini berkenaan keadaan mangsa.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram