[VIDEO] Nyaris tiba garisan penamat, pelumba maut dihempap pintu gerbang akibat hujan ribut


  • Benua
  • Sabtu, 09 Dis 2023

Tangkap layar insiden kematian membabitkan seorang pelumba motosikal dalam acara perlumbaan Road Race Piala Regent, Kabupaten Paser, Kalimantan Timur, Indonesia.

SEORANG pelumba motosikal dilaporkan maut akibat dihempap pintu gerbang di garisan penamat ketika dalam perlumbaan motosikal Road Race Piala Regent dekat Kabupaten Paser, Kalimantan Timur, Indonesia pada Sabtu.

Kejadian itu dikatakan berpunca disebabkan hujan ribut yang melanda di kawasan berkenaan yang sekali gus mengakibatkan pintu gerbang tersebut runtuh.

Mangsa, Andi Supriady, meninggal di lokasi kejadian manakala seorang lagi pelumba cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan, perlumbaan tersebut pada mulanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, namun ribut yang melanda secara tiba-tiba telah memaksa penonton di litar melarikan diri dan berteduh di kawasan selamat.

Mengesahkan kejadian itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pemangku Raja Kejohanan Road Racing Piala Paser 2023, Zulkifli Kaharuddin berkata, pihaknya masih belum dapat berkongsi maklumat secara terperinci kerana tumpuan utama ketika ini adalah ke arah mangsa yang tercedera.

Untuk rekod, perlumbaan itu disertai seramai 650 pelumba dari serata wilayah di Indonesia dan ia dijadual berlangsung selama dua hari bermula Sabtu hingga Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram