Minuman tin sarang burung pelbagai perisa Vinut mengandungi pelbagai khasiat


  • Bizz
  • Sabtu, 09 Dis 2023

Berkonsepkan “Nikmati Kebaikan Vinut”, produk ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk mereka yang menjalani gaya hidup sibuk dan aktif atau selalu dalam perjalanan.

APABILA disebut sahaja tentang sarang burung pastinya ramai yang mengaitkan amalan pemakanan sarang burung berkait rapat dengan kecantikan dan keanjalan kulit.

Namun tahukah anda, dengan mengamalkan pemakanan sarang burung bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga untuk kesihatan.

Sehubungan itu, tidak hairanlah ia turut dianggap sebagai makanan tradisional yang berkhasiat dalam kalangan masyarakat tertentu.

Pada masa sama, kandungan yang terdapat dalam sarang burung seperti asid amino, protein dan mineral lain dapat melindungi badan daripada mengalami masalah kesihatan.

Amalan pengambilan bahan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina itu antara lain dapat membantu melancarkan pencernaan, mengatasi masalah tidur dan kesihatan paru-paru.

2406834

Minuman tin sarang burung Vinut juga dirumus dengan ramuan semula jadi yang berbeza agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan individu.

Sehubungan itu, Vinut Malaysia telah melancarkan minuman tin sarang burung Vinut yang mempunyai pelbagai khasiat.

Berkonsepkan “Nikmati Kebaikan Vinut”, produk ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk mereka yang menjalani gaya hidup sibuk dan aktif atau selalu dalam perjalanan.

Selain itu, dengan mengaplikasi konsep 'Grab and Go', orang ramai boleh menikmati Vinut, minuman kecantikan yang segar walaupun ketika sibuk atau semasa memandu.

Malah, Vinut mempunyai status sijil halal, tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan.

2400058

Bagi yang inginkan kulit cantik dan sihat, Vinut pastinya sesuai untuk anda kerana minuman ini mengandungi sarang burung yang asli dalam setiap tin untuk memastikan pengguna dapat menyerap dos harian kolagen yang sesuai.

Pada masa sama, minuman tin sarang burung Vinut juga dirumus dengan ramuan semula jadi yang berbeza agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan individu.

Antara kandungan berkhasiat yang terdapat dalam setiap ramuan minuman tersebut termasuklah ginseng, aloe vera, biji teratai, kolagen, cordyceps dan kurma merah.

2400064

Ginseng berupaya menguatkan sistem imun, melawan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga.

Manakala kelebihan aloe vera dalam minuman itu antara lain berfungsi untuk menyihatkan dan melembapkan kulit, sumber antioksida yang baik.

Dalam pada itu, selain membantu menyihatkan tubuh badan, biji teratai juga membantu menyihatkan badan, mengurangkan haba dan mencegah keradangan badan serta kaya dengan pelbagai nutrien dan antioksidan.

Pastinya ramai mengetahui pengambilan kolagen diyakini mampu membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Screenshot 2023-12-04 214145

Namun dalam masa sama, kolagen juga boleh mengekalkan kekuatan tulang dan menjaga kekuatan kuku serta rambut.

Untuk makluman, cordyceps yang terdapat dalam sarang burung juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal, menambah tenaga harian, meningkatkan imun badan dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Manakala kurma merah pula kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral terutamanya Vitamin C, mengandungi antioksidan yang tinggi dan memberikan energi serta daya ketahanan yang tinggi.

Screenshot 2023-12-04 214125

Minuman tin sarang burung Vinut menawarkan enam jenis perisa yang rendah lemak dan kalori, bagi memberi pengguna rasa khasiat yang berlainan.

Vinut boleh didapatkan di secara dalam talian atau di kedai-kedai berdekatan seperti 7-Eleven, AEON, Kedai Mesra, Xpress Point, Caring Pharmacy dan Hai-O atau layari laman Facebook, Vinut Malaysia untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram