Nikmati kebaikan Vinut, minuman tin sarang burung pelbagai perisa


  • Bizz
  • Sabtu, 25 Nov 2023

“Nikmati Kebaikan Vinut” merupakan identiti jenama produk untuk minuman tin sarang burung Vinut.

SARANG burung diketahui sebagai bahan yang sangat bermanfaat bukan sahaja untuk kecantikan malah kesihatan dalaman individu sejak dahulu lagi.

Malah, ia turut dianggap sebagai makanan tradisional yang berkhasiat dalam kalangan masyarakat tertentu.

Ini kerana, kandungan yang terdapat dalam sarang burung seperti asid amino, protein dan mineral lain dapat melindungi badan daripada mengalami masalah kesihatan.

Amalan pengambilan bahan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina itu antara lain dapat membantu melancarkan pencernaan, mengatasi masalah tidur dan kesihatan paru-paru.

“Nikmati Kebaikan Vinut” merupakan identiti jenama produk untuk minuman tin sarang burung Vinut.

R-aloe vera

Minuman tersebut sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk mereka yang menjalani gaya hidup sibuk dan aktif atau selalu dalam perjalanan.

Dengan mengaplikasi konsep 'Grab and Go', orang ramai boleh menikmati Vinut, minuman kecantikan yang segar walaupun ketika sibuk atau semasa memandu.

Vinut mengandungi sarang burung yang asli dalam setiap tin untuk memastikan pengguna dapat menyerap dos harian kolagen yang sesuai bagi memelihara kulit supaya menjadi lebih sihat dan cantik.

L-collagen

Selain itu, minuman tin sarang burung Vinut juga dirumus dengan ramuan semula jadi yang berbeza agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan individu.

Antara kandungan berkhasiat yang terdapat dalam setiap ramuan minuman tersebut termasuklah ginseng, aloe vera, biji teratai, kolagen, cordyceps dan kurma merah.

Ginseng berupaya menguatkan sistem imun, melawan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga.

L-ginseng

Manakala kelebihan aloe vera dalam minuman itu antara lain berfungsi untuk menyihatkan dan melembapkan kulit, sumber antioksida yang baik.

Dalam pada itu, selain membantu menyihatkan tubuh badan, biji teratai juga membantu menyihatkan badan, mengurangkan haba dan mencegah keradangan badan serta kaya dengan pelbagai nutrien dan antioksidan.

Pastinya ramai mengetahui pengambilan kolagen diyakini mampu membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Namun dalam masa sama, kolagen juga boleh mengekalkan kekuatan tulang dan menjaga kekuatan kuku serta rambut.

L-cordyceps

Seterusnya, cordyceps yang terdapat dalam sarang burung juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal, menambah tenaga harian, meningkatkan imun badan dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Manakala kurma merah pula kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral terutamanya Vitamin C, mengandungi antioksidan yang tinggi dan memberikan energi serta daya ketahanan yang tinggi.

Minuman tin sarang burung Vinut menawarkan enam jenis perisa yang rendah lemak dan kalori, bagi memberi pengguna rasa khasiat yang berlainan.

Paling penting, Vinut mempunyai status sijil halal, tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan.

Vinut boleh didapatkan di secara dalam talian atau di kedai-kedai berdekatan seperti 7-Eleven, AEON, Kedai Mesra, Xpress Point, Caring Pharmacy dan Hai-O atau layari laman Facebook, Vinut Malaysia untuk maklumat lanjut.. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram