HTAR siasat dakwaan doktor tertinggal dawai dalam saluran darah pesakit


  • Massa
  • Sabtu, 09 Dis 2023

HTAR akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan kakitangannya tertinggal dawai dalam saluran darah pesakit. — The Star

HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor sedang menyiasat dakwaan kecuaian kakitangannya yang didakwa meninggalkan dawai dalam saluran darah seorang pesakit yang telah menjalani rawatan di fasiliti berkenaan.

Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi memberi jaminan setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa mengabaikan hak pesakit.

"Hasil siasatan akan dimaklumkan kepada pesakit atau keluarga bagi mengawal kerahsiaan maklumat.

"Pihak hospital tidak akan berkompromi sekiranya kecuaian didapati berlaku semasa pesakit sedang menerima rawatan di HTAR," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu, seorang lelaki memuat naik satu hantaran tular di Facebook yang mendakwa seorang staf HTAR telah meninggalkan dawai sepanjang 22cm dalam saluran darah pesakit buah pinggang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram