TEKAD mahu memenangi hadiah utama, Syahrifah Azurah Shamsudin, 39, tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya selepas memenangi Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Hanya mengambil masa dua minggu, Syahrifah sudah membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy.
Dia yang sudah lama mengikuti portal Majoriti di TikTok tidak menyangka akan menjadi salah seorang pemenang bertuah.
"Saya sertai kempen ini sebenarnya kerana tertarik dengan hadiah utama yang ditawarkan.
"Salah satu hadiah itu juga termasuk dalam salah satu impian yang sudah lama saya simpan," katanya kepada Majoriti.
Kata Syahrifah yang merupakan seorang ejen hartanah, hadiah berupa kondominium menjadi impiannya sepanjang menyertai kempen ini.
Syahrifah yang merupakan pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Selepas sahaja saya dengar iklan di Suria FM, saya rasa ini adalah peluang terbaik kerana saya sudah lama mahu ada sebuah kondo untuk disewakan.
"Sebelum ini, saya sudah ada sebuah rumah inap desa di Cameron Highlands, Pahang, tetapi saya ada target untuk tambah sebuah lagi aset di Selangor," katanya.
Baginya, ia merupakan peluang cerah untuk dia mencapai sasaran yang sudah lama disimpan sebelum menyertai kempen ini lagi.
"Walaupun saya menetap di Melaka sekarang, tetapi saya ada ibu mentua di Sentul, Kuala Lumpur yang boleh menguruskannya jika impian saya tercapai," katanya.
Tambahnya, RM30 itu bukanlah jumlah yang mahal kerana sangat berbaloi dengan hadiah yang ditawarkan.
Bukan itu sahaja, Syahrifah turut tidak menafikan bahawa platfrorm yang digunakan oleh portal ini sememangnya relevan bagi semua lapisan masyarakat generasi kini.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram