Merasa pertama kali bercuti di Lexis Hibiscus PD, juruteknik rasa berbaloi sertai Kempen Langgan dan Menang


  • Bizz
  • Jumaat, 01 Dis 2023

Choong Soon Choi (kiri) bersama keluarga tercinta gembira peroleh kemenangan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PEMENANG mingguan, Chong Soon Choi, meluahkan rasa bersyukur apabila terpilih memenangi hadiah utama mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang berupa pakej percutian di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bagi meraikan rasa bertuahnya itu, Soon Choi menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa bersama keluarga bagi menikmati hadiah percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan termasuk sarapan di Sky Pool Villa.

Soon Choi berkata, dia gembira memperoleh hadiah berupa tiket ke lokasi peranginan itu untuk pertama kali memandangkan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Lexis Hibiscus Port Dickson.

WhatsApp Image 2023-11-30 at 5.17.39 PM

Soon Choi ingin meluangkan masa di Port Dickson bersama keluarga tercintanya.

"Saya tidak sabar untuk pergi ke situ, sangat gembira dan tak menyangka mampu terpilih menang. Saya ingin merasai keindahan tempat itu," katanya.

Dia yang juga merupakan seorang juruteknik berharap mampu terpilih sebagai pemenang hadiah utama memandangkan pemenang mingguan masih berpotensi memenangi ganjaran hebat yang lain.

"Saya paling berharap menang hadiah utama, kebiasaannya pasti mahu menang kondominium kerana hadiah itu sangat lumayan dan bernilai RM602,800.

"Harga kondominium LEA by The Hill itu sangatlah mahal, jadi jika seseorang terpilih daripada kempen seperti ini memang sangat bertuah," katanya.

Lelaki yang berumur 40 tahun itu turut mengajak keluarga dan rakan-rakannya untuk melanggan portal ini bagi berkongsi peluang meraih ganjaran hebat yang ditawarkan.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram