Polis sahkan Zayn Rayyan dibunuh


  • 112
  • Khamis, 07 Dis 2023

Polis mengesahkan bahawa Zayn Rayyan Abdul Matiin mati akibat dibunuh.

KETUA Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, adalah berpunca akibat kes pembunuhan.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan terdapat kesan di leher pada mayat semasa bedah siasat dijalankan.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 kerana membunuh,” katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya rasa Zayn Rayyan masih ada' — Ibu

Tambahnya lagi, satu pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian kanak-kanak autisme itu.

Katanya, pasukan berkenaan terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Selain itu, Hussein berkata, ibu dan bapa mangsa akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Untuk rekod, kanak-kanak lelaki autisme itu dilaporkan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada malam Khamis.

Penemuan kanak-kanak berkenaan susulan operasi Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang bermula pukul 9 malam Khamis. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram