Netizen berteka teki punca jubah jemaah masjid tiba-tiba terbakar


  • Benua
  • Khamis, 07 Dis 2023

Tangkap layar kekecohan berlaku di sebuah masjid apabila pakaian salah seorang jemaah di situ terbakar secara tiba-tiba.

SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila pakaian jubahnya secara tiba-tiba terbakar dalam satu insiden yang berlaku di sebuah masjid dekat Indonesia baru-baru ini.

Tersentak dengan kejadian itu, beberapa jemaah pantas melarikan diri dan individu terbabit dibantu seorang lelaki di sebelahnya yang cuba memadamkan api tersebut.

Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), video berdurasi sepuluh saat itu tular di laman media sejak Rabu.

Punca kejadian masih belum dapat dipastikan namun, warganet tampil dengan pelbagai spekulasi yang sama sekali mencetuskan tanda tanya berhubung hal berkenaan.

"Hairan kenapa ia berlaku, kemungkinan disebabkan telefon pintar dan pemetik api yang meletup tanpa sengaja," kata asseteguhbidn.

"Mungkin disebabkan dompet curi agaknya, sampai terbakar ketika solat," ujar rickysebe.

"Biasanya orang Arab bakar kemenyan nak bagi jubah berbau harum, mungkin ada bara kemenyan yang melompat ke jubah dia tak sedar," jelas Adam Maulana.

"Kasihan jemaah yang duduk di kerusi, dia ditolak sampai terjatuh, tak ada sesiapa bantu untuk bangunkan dia semula," tambah Ghazmalissy.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut difahamkan tidak berdepan sebarang kecederaan namun poket bajunya mengalami kesan koyak dan kerosakan yang agak teruk.

Belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan isu itu setakat ini dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram