[VIDEO] Padah cuba ambil mainan, budak perempuan meronta tangan tersangkut 'mesin tikam' di Kuala Pilah


  • Tular
  • Rabu, 06 Dis 2023

Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan meronta kesakitan selepas tangannya tersangkut dalam sebuah mesin permainan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

SEORANG kanak-kanak perempuan meronta kesakitan selepas tangannya tersangkut dalam sebuah mesin permainan di Taman Bahagia Delima, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa.

Difahamkan, kanak-kanak itu dipercayai cuba memasukkan tangannya ke dalam lubang mesin permainan tersebut untuk mengambil bebola mainan di dalamnya.

Namun, dia bernasib malang selepas gagal mengeluarkan tangannya daripada mesin tersebut selepas dipercayai tersangkut lebih 30 minit pada mesin berkenaan.

Gagal menahan kesakitan, budak itu kemudiannya menangis sambil meminta pertolongan daripada orang sekeliling.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dilihat tampil memberikan bantuan dan terpaksa memecahkan peralatan mainan tersebut untuk mengeluarkan tangan mangsa.

Di ruangan komen, ibu mangsa menjelaskan bahawa anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dan terselamat dalam kejadian tersebut.

Katanya, perkongsian itu dimuat naik bagi memberi peringatan kepada orang ramai khususnya ibu bapa agar sentiasa mengawasi aktiviti anak masing-masing.

"Sekadar peringatan untuk kita semua, ibu bapa pun kena peka dengan anak-anak selalu," ujar Nurul Salwa.

Belum ada sebarang kenyataan bomba berhubung perkara itu setakat ini dan ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memantau keselamatan anak-anak walau di mana juga mereka berada. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram