[VIDEO] Bagai naik hantu, warga emas disyaki pukul anjing hingga mati di Bukit Mertajam


  • Tular
  • Khamis, 30 Nov 2023

Tangkap layar seorang warga emas memukul anjing menggunakan kayu sehingga mati.

TIDAK berperikemanusiaan. Itu yang boleh disifatkan terhadap satu video tular di media sosial memaparkan seekor anjing dipukul seorang lelaki warga emas menggunakan kayu baru-baru ini.

Melalui video yang dimuat naik di laman media sosial X (Twitter) @anthraxxx781, kejadian itu disyaki berlaku di Lorong Perusahaan Ringan Juru Dua, Juru dekat Bukit Mertajam, Pulau Pinang berdasarkan papan tanda kedai di video berkenaan.

Namun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. Malah, tindakan warga emas yang menunggang sebuah motosikal itu turut menjadi bualan warga maya.

Masakan tidak, melalui video tular pada Khamis itu memaparkan orang tua terbabit tidak berhenti-henti memukul haiwan tersebut sehingga ia tidak bernyawa.

Perbuatannya itu turut disaksikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. Pada masa sama, perakam itu dilihat tidak berani menegur perbuatan warga emas tersebut kerana tindakannya itu dilihat terlalu agresif.

Menyedari perbuatannya dirakam, warga emas tersebut terus beredar daripada tempat kejadian.

Setakat berita ini ditulis, tidak diketahui punca dan motif sebenar warga emas tersebut bertindak sedemikian.

Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang terlibat mahupun pihak berkuasa. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram