Budak lelaki 9 tahun ditemukan lemas di tali air Kampung Derdap


  • 112
  • Selasa, 28 Nov 2023

Anggota bomba menemui budak lelaki berusia sembilan tahun lemas dalam tali air di Kampung Derdap. — Bomba

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas di sebuah tali air dekat Kampung Derdap dekat Kota Bharu, Kelantan pada pukul 6.53 petang Selasa.

Mangsa dikatakan mandi berseorangan di tali air itu sebelum lemas sekitar pukul 6.30 petang.

Menurut sumber Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, mangsa Mohd Rifki Asyraf Mohd Reduan diberikan bantuan pernafasan secara resusitasi kardiopulmonari (CPR) sebaik pasukan mencari menjumpainya di kawasan terbabit.

"Maklumat mengenai kejadian diterima pada pukul 6.25 petang Selasa dengan melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa.

"Seramai 13 pegawai dan anggota dari BBP Pasir Tumboh dan Pengkalan Chepa tiba di lokasi dan memulakan operasi jam 6.37 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan pada pukul 7 malam Selasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram