[VIDEO] Tanpa segan silu, lelaki nekad korek tabung amal di khalayak ramai


  • Benua
  • Selasa, 28 Nov 2023

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki cuba mencuri duit sebuah tabung amal di Indonesia pada Isnin. — Agensi

TINDAKAN seorang lelaki mencuri duit sebuah tabung amal di Indonesia pada Isnin mengundang kecaman masyarakat.

Masakan tidak, dalam satu video tular yang dimuat di laman sosial X (Twitter) pada Selasa itu memaparkan lelaki berkenaan tanpa segan silu cuba mengorek duit tersebut menggunakan objek dipercayai ranting kayu di khalayak ramai.

Perbuatannya itu dirakam seorang pekerja sebuah pasar raya yang turut menegur tindakan suspek.

Memetik laporan portal LambehTurah.Com, tabung amal tersebut diletakkan di luar sebuah pasar raya mini di daerah Sidarjo dekat Jawa Timur, Indonesia.

Dalam video berdurasi 13 saat itu memaparkan lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring dengan cuba mengeluarkan duit daripada tabung tersebut.

Setakat berita ini ditulis, tiada maklumat lanjut yang dikongsikan mengenai suspek.

Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram