[VIDEO] Penunggang motor tercampak masuk longkang dirempuh Myvi langgar pengadang jalan


  • Tular
  • Isnin, 27 Nov 2023

Kemalangan terbabit dipercayai berlaku berdekatan Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Valdo di Sungai Bakap pada Isnin. — Orang Awam

EMPAT lelaki cedera selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, George Town, Pulau Pinang pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, kemalangan pada kira-kira 3 petang berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia (USM) arah ke Jalan Tun Dr Awang itu, membabitkan empat kereta dan tiga motosikal.

"Kemalangan berlaku di laluan yang sama ketika lampu isyarat berwarna merah dan penunggang serta pemandu kenderaan sedang berhenti menunggu lampu isyarat hijau.

"Tiba-tiba kereta Perodua Myvi itu yang dipandu seorang wanita berusia 60 tahun datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiga kereta dan tiga motosikal yang berada di hadapan," katanya.

photo1701084148

Keadaan kereta Myvi tersebut yang terbabas melanggar pengadang jalan selepas terlibat dalam kemalangan pada Isnin. — Orang awam

Kemalangan itu, katanya menyebabkan dua lelaki iaitu penunggang motosikal cedera di leher dan kaki kanan serta pemboncengnya cedera pendarahan di kepala.

Saravanan berkata, dua lagi penunggang motosikal turut mengalami kecederaan iaitu patah kaki, manakala wanita yang memandu Perodua Myvi cedera di dada dan pemandu tiga kereta lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semua yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, video insiden terbabit yang dipercayai berlaku sekitar pukul 2.30 petang Isnin itu tular di aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan klip tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan dan dibiarkan terbaring di dalam longkang sementara menunggu pasukan perubatan tiba. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram