[VIDEO] Penunggang wanita maut dirempuh pemandu lori warga asing di Lebuhraya Persekutuan Tanah Merah


  • 112
  • Khamis, 23 Nov 2023

Menerusi maklumat yang dikongsikan JBPM Kelantan, mangsa (dalam bulatan) meninggal dunia di tempat kejadian. — Orang Awam

SEORANG wanita maut selepas motosikal terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan, Taman Barakah, Tanah Merah, Kelantan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan oleh warga maya, Peja Ejal di laman Facebook Tanah Merah Di Hatiku, mangsa pada waktu kejadian sedang dalam perjalanan pulang menuju ke rumah.

"Dengar cerita daripada orang awam, mangsa nak balik rumah tetapi malang tidak berbau. Sakit pula hati bila dengar yang rempuh dia (mangsa) warga asing," tulisnya.

Sementara itu, melalui maklumat yang dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, motosikal yang ditunggang mangsa turut musnah terbakar.

Turut dilaporkan, pemandu dan kelindan lori dipercayai warga asing tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Kedua-duanya telah dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram