KONSERT kumpulan rock antarabangsa, Coldplay dicemari dengan persekitaran kotor akibat sisa buangan penonton yang hadir ke Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Situasi itu jelas kelihatan di kawasan luar stadium yang nyata mengecewakan apabila sikap segelintir masyarakat membuang sampah sesuka hati tanpa memikirkan aspek kebersihan sekeliling.
Perkongsian warganet di laman X (Twitter) menjelaskan perkara itu yang sama sekali mengundang rasa jijik individu yang terkesan dengan hal itu.
Longgokan sampah plastik makanan dan botol minuman antara yang dibuang penonton di kawasan lorong beratur untuk masuk ke dalam stadium.
Antara sisa buangan yang dibuang merata di pekarangan pintu masuk Stadium National Bukit Jalil. — Twitter/@brgsjks
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @brgsjks berkongsi pengalamannya di tempat kejadian.
"Tengah beratur lepas itu bau ketiak campur dengan bau air sampah campur dengan bau nafas orang lapan bulan tak pergi 'scalling'.
"Tambah dengan bau air kepala lepas itu bau telinga dengan bau stoking campur bau tumit.
"Hebatnya dugaan orang pergi konsert," ciapnya.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada sampah berkenaan sudah dibersihkan atau tidak. Difahamkan, konsert tersebut dijangka bermula pada pukul 9 malam Rabu.
Konsert Coldplay yang julung kali diadakan di negara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya apabila tiketnya 'licin' dalam tempoh empat jam selepas penjualannya dibuka pada Mei lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram