SEORANG lelaki gagal mengawal kemarahan selepas mendakwa keretanya dirempuh dari arah belakang dalam satu insiden kemalangan yang berlaku di Taman Anggerik, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.
Namun, mangsa yang merupakan seorang wanita enggan mengaku salah selain turut mendakwa pelaku sengaja menekan brek kecemasan ketika kejadian.
Perbalahan itu kemudiannya bertukar serius apabila individu berbaju putih dan bertopi hitam itu mengetuk tingkap kereta terbabit dengan sepana.
Malah, cacian serta kata-kata kesat turut dilemparkan kepada wanita berkenaan ketika kejadian.
Hal itu bagaimanapun tidak dibantu mana-mana pihak dengan laluan di situ dikatakan bertukar sesak akibat kekecohan yang berlaku.
Netizen di ruangan komen rata-ratanya menggesa agar mangsa melaporkan perkara itu kepada pihak polis atas faktor keselamatan.
"Ada bukti, video dia mengganas boleh terus buat laporan polis kak, tingkap retak itu pun boleh dijadikan bukti saman," kata Ahmad Yunus.
"Benda boleh bincang, kalau berlanggar terus tuntut insurans tak perlu pun nak mengamuk tak tentu pasal, esok lusa kena saman juga akhirnya," ujar Ghazali Iman.
"Senang cerita pergi balai terus, orang macam ini tak guna kalau kita nak bergaduh, jelaskan sepuluh kali pun dia tak akan mengaku salah," jelas Farisyauziahar.
"Kalau ada bukti kamera dashcam lagi bagus, tapi apa-apa pun dia dah ketuk tingkap kereta akak, itu dah dikira keganasan," tambah Aiman Radzi.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram