[VIDEO] Agensi makanan siasat video tular tikus berkeliaran di pasar terkemuka Singapura


  • Benua
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Tangkap layar sebuah premis niaga di pasar terkemuka dekat Bukit Panjang, Singapura didakwa kotor dan dipenuhi tikus perosak.

SEBUAH premis pasar menjual barangan mentah di Bukit Panjang, Singapura didakwa kotor dan menjijikkan selepas beberapa ekor tikus dilihat berkeliaran di celah bakul sayuran dan buah-buahan..

Situasi itu dikongsikan seorang pelajar berusia 24 tahun yang sempat merakamkan perkara itu menerusi telefon pintarnya.

Ketika kejadian pada Selasa lalu, si perakam mendakwa terdengar bunyi haiwan tersebut dari sebuah premis yang masih beroperasi pada lewat malam.

Tidak dijaga dan diawasi oleh sesiapa mahupun pekerja kedai berkenaan, individu terbabit menyuluh lampu dari telefon pintarnya dan alangkah terkejutnya dia apabila menemukan hampir lima hingga empat ekor tikus di kedai itu.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit mendakwa ia bukan satu perkara pelik kerana pasar terkemuka di Singapura itu sememangnya terkenal dengan bauan busuk dan menjijikkan.

Jurucakap Agensi Makanan Singapura mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalan siasatan lanjut.

Jelasnya, keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama dan kedua-dua pengendali makanan dan orang ramai mempunyai peranan untuk dimainkan dalam hal ini.

Belum ada sebarang tindakan mahupun laporan lanjut berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak mencetuskan spekulasi berkaitan hal tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram