Abang tergamak sabit adik sampai mati, darah membuak-buak lepas bertengkar di Kluang


  • 112
  • Sabtu, 18 Nov 2023

Kui Fatt (kiri) disahkan meninggal dunia akibat pendarahan banyak ketika menerima rawatan di hospital pada Jumaat.

SEORANG lelaki bertindak kejam apabila sanggup melibas adiknya dengan sabit hanya kerana perselisihan yang berlaku dalam kejadian di Taman Kluang Barat, Kluang, Johor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi di rumah mangsa.

Ia melibatkan mangsa, Fu Kui Fatt, 42, dan abangnya yang berusia 44 tahun.

photo1700312246 (1)

Suspek yang dipercayai membunuh adiknya sendiri menggunakan sabit dalam kejadian di Kluang pada awal pagi Jumaat

Ujarnya, sebelum kejadian, kedua-dua individu terbabit difahamkan bertengkar akibat daripada perselisihan faham yang berlaku.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan Kui Fatt menggunakan sabit dalam pergaduhan itu sebelum dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) menggunakan ambulan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam (Jumaat), mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Bahrin berkata, polis sudah menahan kira-kira pukul 2.30 petang dan direman enam hari bagi membantu siasatan.

"Hasil semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing adalah negatif daripada sebarang pengaruh dadah," kata beliau.

Bahrin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram