Peluang berehat lama, pensyarah mahu luangkan masa bersama isteri jika menang percutian ke Taiwan


  • Bizz
  • Khamis, 16 Nov 2023

Simon, pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ke-11.

BARU pertama kali sertai kempen Langgan dan Menang Majoriti, Simon Anandarj Doss, 61, teruja apabila diumumkan sebagai pemenang minggu ke-11.

Simon yang merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan sempat meluahkan rasa gembiranya selepas memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy.

Menurutnya, ia merupakan perkara yang mengejutkan kerana tidak pernah menyertai apa-apa peraduan atau kempen sebelum ini.

Bukan itu sahaja, dia sangat bertuah kerana katanya, isterinya, Sheela Karunaharan Thanaraj, 59, yang mula sertai malah Simon yang dipilih sebagai pemenang mingguan.

"Pada awalnya, isteri saya yang menyertai kempen ini dan kemudian saya pula.

"Tetapi saya yang menang hadiah mingguan, jadi saya sangat terkejut dan gembira," katanya kepada Majoriti.

photo_6244410363214935723_x

Simon (kiri) bersama isterinya ketika mengambil hadiah di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada 9 November (Khamis).

Pada masa sama, Simon juga tidak mahu melepaskan peluang untuk merebut pelbagai hadiah utama yang ditawarkan.

Walaupun dia tidak memilih namun, dua hadiah utama iaitu sebuah kondominium dan percutian ke Taiwan sangat menarik perhatiannya.

"Apa-apa hadiah pun saya tidak kisah, tetapi jika dapat kondo pun bagus juga kerana mahu pindah terus.

"Jika bukan kondo, percutian ke Taiwan juga menarik sebab boleh luangkan masa dan bercuti bersama isteri," katanya lagi.

Bagi seseorang yang komited dengan pekerjaanya, Simon tidak menafikan bahawa dia dan isterinya yang juga merupakan seorang pensyarah sudah tidak ke luar negara hampir sembilan tahun sejak 2010.

Kesibukan kerja dan kesukaran untuk mendapatkan cuti panjang juga membuatkannya berharap dapat memenangi tiket percutian itu.

Dalam pada itu, Simon sempat berkongsi pendapatnya tentang keistimewaan kempen Langgan dan Menang Majoriti kepada individu yang menyertainya.

"Saya rasa kempen ini sangat menarik kerana ia salah satu inisiatif yang bagus dalam memberi kesedaran serta memupuk amalan membaca.

"Saya juga sangat menggalakkan para pelajar saya untuk menyertai kempen ini," jelasnya.

Sementara itu, antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Pembaca Majoriti berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali kedua ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram