'Baru langgan dah menang beg', Ainnur kini idam kondo untuk jadi rumah pertama


  • Bizz
  • Rabu, 08 Nov 2023

Ainnur Shahidah merupakan pemenang mingguan bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PEMENANG minggu ke-10, Ainnur Shahidah Mohd Soeb, 34, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi Backpack American Tourister Zumba meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk meraih hadiah utama.

Ainnur berkata, dia mengidamkan hadiah berupa kondominium LEA by the Hills untuk dijadikan sebagai rumah pertama memandangkan dia menyewa di Shah Alam buat masa sekarang.

"Buat masa ini, untuk membeli sebuah rumah belum berkemampuan lagi jadi kalau terpilih sebagai pemenang hadiah utama berupa kondo, memang gembira sangatlah," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-11-07 at 3.25.12 PM (3)

Ainnur merupakan pemenang bagi hadiah Backpack American Tourister Zumba.

Ainnur berkata, pada mulanya dia tidak menyangka mampu terpilih menjadi pemenang mingguan selepas berjaya memenangi hadiah beg galas bernilai RM239 itu.

"Baru sahaja lagi melanggan portal Majoriti tapi tahu-tahu menang pula peraduan ini, jadi memang terkejutlah. Dalam minggu depan insya-ALLAH saya ambil hadiah di Menara Star," katanya.

Annur turut berkata, peraduan itu hanya memerlukan langkah yang mudah bagi membolehkan seseorang terpilih memenangi ganjaran hebat yang ditawarkan setiap minggu.

"Bagi saya, kempen ini mudah sahaja, cara sertai pun tak perlu susah-susah," katanya.

Malah, Ainnur mengajak adik-beradik dan rakannya untuk menyertai peraduan tersebut setelah bergelar sebagai pemenang.

Dalam pada itu, Ainnur turut memuji portal Majoriti setelah bergelar pembaca portal itu.

"Saya dapat tahu banyak informasi berguna, mudah untuk ketahui berita semasa yang terjadi bila melanggan portal ini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram