TIDAK terluah kata-kata, Ahmad Fazakir Fikri Abdul Ghaffar, 43, terharu selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Siapa sangka dengan mengambil masa untuk melangann dalam tempoh satu minggu sahaja, dia sudah memenangi beg galas American Tourister Toodle.
Kata bapa kepada empat orang anak itu, apabila sudah diumumkan sebagai pemenang, sudah semestinya mahukan hadiah yang lebih lumayan.
Begitu juga dengan Fazakir, dia juga tidak mahu terlepas untuk memenangi hadiah utama sebuah rumah berupa kondominium tajaan OSK Property bernilai RM602,800 itu.
Ahmad Fazakir, pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Jika sebut tentang hadiah utama, pastinya saya jadikan kondo sebagai pilihan utama kerana mahu juga rasa duduk di rumah mewah," katanya kepada Majoriti.
Dalam pada itu, Fazakir yang bekerja di sebuah kilang dan menetap di Shah Alam, Selangor juga menyatakan bahawa dia masih mahukan kondo tersebut untuk kemudahannya dan keluarga pada masa akan datang.
Namun, bukanlah hadiah semata-mata yang membuatkannya mahu menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Fazakir berkata, minatnya terhadap pembacaan berita yang membuatkannya tergerak mahu melanggan portal Majoriti sekali gus merebut peluang yang ditawarkan.
"Saya memang selalu baca berita di banyak portal termasuk Majoriti. Tetapi, secara kebetulan saya nampak iklan kempen ini dan terus sertainya.
"Bukan itu sahaja, saya langgan portal ini juga kerana saya mahu membaca berita dan informasi yang dikongsikan tanpa had, jadi saya pun langgan dan sertai kempen ini pada masa sama," katanya.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen itu turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.
Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram