Suka beli-belah, Yee Hoong mahu menangi baucar AEON RM25,000


  • Bizz
  • Ahad, 12 Nov 2023

Yee Hoong merupakan pemenang bagi minggu kesembilan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

HANYA dengan bermodalkan RM30, Kit Yee Hoong berjaya terpilih sebagai pemenang minggu kesembilan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Yee Hoong merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml bernilai RM395.

Meluahkan keterujaannya, pemenang berusia 27 tahun itu mendedahkan bakal mengambil hadiah di Menara Star pada 17 November ini.

"Terima kasih, tidak sangka mampu menang hadiah minyak wangi, minggu depan saya ke Menara Star untuk menuntut hadiah," katanya.

Setelah bergelar pemenang mingguan, hasratnya untuk merebut hadiah utama berupa baucar AEON semakin kuat.

WhatsApp Image 2023-11-11 at 8.42.06 PM

Yee Hoong merupakan pemenang bagi minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.

Yee Hoong berkata, dia berharap terpilih sebagai hadiah berupa baucar bernilai RM25,000 kerana ingin berbelanja sepuasnya di AEON.

"Dalam banyak-banyak ganjaran hebat yang ditawarkan, saya mahu rebut baucar AEON, kerana saya memang suka membeli-belah," katanya.

Selain itu, Yee Hoong memberitahu, peraduan yang disertai itu hanya mengambil langkah yang mudah untuk disertai.

"Tidak perlu mengisi banyak maklumat, cuma pengenalan diri sedikit sahaja tapi dengan mudah berpotensi terpilih sebagai pemenang mingguan," katanya.

Selepas meraih kemenangan, Yee Hoong mahu berkongsi cerita kepada rakannya agar dapat mencuba nasib dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

"Saya akan beritahu kawan-kawan saya juga mengenai kempen ini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram