KEJUTAN yang tidak disangka-sangka buat Zaref Aizad Mohamed Aznam, 26, apabila diumumkan sebagai salah seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Zaref yang baru sahaja menghabiskan pelajarannya di sebuah universiti tempatan sempat meluahkan rasa gembira dan terujanya selepas memenangi hadiah mingguan.
Dia yang memenangi hadiah minyak wangi berjenama mewah Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml juga bersyukur dengan hadiah yang dimenanginya itu.
"Mula-mula terkejut sebab memang tidak pernah menang apa-apa peraduan pun sebelum ini dan ini adalah kali pertama saya raih hadiah.
Zaref antara pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Sememangnya sangat gembira kerana sudah lama juga saya tidak beli minyak wangi baharu," katanya kepada Majoriti.
Beralih pula kepada hadiah utama, Zaref juga tidak terlepas dalam memasang impian untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Antara empat hadiah utama menarik yang ditawarkan menerusi kempen tersebut, tiket percutian ke Taiwan menjadi idaman Zaref.
Tiga hadiah lumayan lain ialah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000 dan kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998.
"Bagi saya, yang paling bernilai adalah tiket percutian ke Taiwan kerana saya dan keluarga pun sudah lama tidak pergi ke luar negara.
"Ibu saya merupakan bekas seorang pramugari, jadi waktu dahulu memang selalu dapat bercuti ke luar negara. Tetapi sekarang berjalan-jalan di dalam negara sahaja," kongsi pemenang minggu ke-11 itu.
Bukan itu sahaja, Zaref turut berkongsi tentang hajat murninya jika diberi peluang untuk bercuti ke Taiwan.
Menurutnya, memandangkan ibunya kini kurang sihat, jadi dia berhasrat untuk membawa kakaknya bersama ke percutian tersebut jika ada rezeki mereka ke luar negara.
Dalam pada itu, Zaref berkata, sebenarnya harga langganan eksklusif yang hanya RM30 menjadi faktor utamanya untuk menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti
"Kalau ikutkan saya sertai kempen ini pun kerana tengok harga langganan yang sangat murah untuk tempoh setahun itu.
"Jadi, saya rasa berbaloi dan memang tidak rugi bila saya sertai kempen ini," tambahnya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram