Mahu tambah aset hartanah, jururawat ingin rebut peluang menangi kondo LEA by The Hills


  • Bizz
  • Selasa, 14 Nov 2023

Norzira merupakan pemenang bagi minggu ke-12 dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PEMENANG minggu ke-12, Norzira Abdul Razak, 37, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk mendapat hadiah utama.

"Terpilih menang hadiah apa pun saya terima seadanya, tetapi paling diidamkan semestinya hadiah utama berupa kondominium," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-11-13 at 6.41.16 PM

Norzira memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.

Dia yang merupakan seorang jururawat ingin merebut hadiah berupa kondominium LEA by the Hills yang terletak di Taman Melawati untuk dijadikan sebagai aset jangka panjang.

"Rumah pertama saya di Bukit Jalil, tapi buat masa sekarang saya menyewa di Maluri, Cheras kerana berdekatan dengan tempat kerja.

"Mana tahu jika terpilih sebagai pemenang hadiah utama, dapatlah saya jadikan kondo itu sebagai rumah kedua untuk mengumpul aset hartanah," katanya.

Norzira turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya terpilih sebagai pemenang mingguan.

Teruja dengan kemenangan itu, Norzira mengajak rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat untuk menyertai peraduan tersebut.

Di samping itu, Norzira juga berkongsi manfaat setelah melanggan portal Majoriti apabila dia dapat membaca berita-berita semasa yang disiarkan.

"Saya suka tengok tajuk utama yang dikeluarkan portal ini, kadang-kadang tengok media sosial Majoriti juga," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram