Idam kondo sebagai rumah kedua, Diyana nak pujuk suami sertai kempen Majoriti


  • Bizz
  • Jumaat, 03 Nov 2023

Diyana merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80 ml.

PEMENANG minggu ke-10, Noor Diyana Mohd Yousuf, 39, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80 ml meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk mendapat hadiah utama.

Diyana yang kini tinggal di Sepang, Selangor mengidamkan untuk memenangi kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati untuk dijadikan sebagai rumah keduanya.

"Dalam banyak-banyak hadiah utama yang ditawarkan, mestilah saya mahu menang kondo yang bernilai RM602,800 itu.

"Saya mahu tambah aset hartanah kerana suami saya juga berasal dari Ampang, jadi kalau ada rumah di kawasan Kuala Lumpur dapat memudahkan kami berulang-alik ke sana," katanya kepada Majoriti.

Dia yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu turut meluahkan rasa syukur setelah memenangi minyak wangi berjenama mewah itu.

"Saya sertai kempen ini sekadar mencuba nasib kerana tertarik dengan banyak hadiah menarik yang ditawarkan dalam peraduan ini.

"Pada awalnya, saya tidak percaya mampu menang tapi rupanya tuah menyebelahi saya," ceritanya.

Diyana yang berkhidmat sebagai penjawat awam juga mahu memujuk suami dan rakan-rakan lain untuk turut serta dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti kerana ia cukup mudah untuk disertai.

"Semestinya saya nak ajak suami dan rakan yang lain untuk join peraduan ini. Saya sendiri sudah menang, hadiah ini buktinya," katanya.

Dia mengakui kempen yang diketahui menerusi laman Facebook ini memerlukan langkah mudah untuk disertai.

"Senang, sangat senang, tak perlu isi peraduan yang banyak, mudah sahaja mampu miliki hadiah minyak wangi bernilai RM355," katanya.

Diyana turut memuji portal Majoriti selepas menjadi salah seorang pembaca.

"Melanggan portal ini membolehkan saya membaca banyak berita yang dikeluarkan, ada sukan, maklumat di muka hadapan portal juga memiliki pelbagai isu," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram