Bersyukur seadanya, bekas anggota TUDM tak memilih nak menang hadiah utama


  • Bizz
  • Ahad, 05 Nov 2023

Hayazi antara pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang minggu ke-11.

BUKAN kali pertama menyertai peraduan atas talian, Hayazi Abdul Halim, 55, tetap meluahkan rasa syukurnya selepas diumumkan sebagai salah seorang pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Hayazi yang merupakan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini menetap di Alor Setar, Kedah itu sangat menunjukkan kesederhanaan dalam meraikan kegembiraannya ketika disoal tentang hadiah utama yang diidamkan.

Baginya, dia tidak memilih jika diberi rezeki untuk memenangi salah satu hadiah utama yang ditawarkan kempen ini.

"Kalau tengok orang lain, sememangnya kondo menjadi prioriti untuk menang hadiah utama.

"Tetapi bagi saya, mana-mana pun tidak mengapa, saya bersyukur seadanya sahaja," katanya kepada Majoriti.

msg1050426791-18408

Hayazi (kanan), pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang bersama ahli keluarganya.

Dia yang merupakan pemenang minggu ke-11 itu juga mengaku bahawa kempen Langgan dan Menang Majoriti dapat memberi manfaat selain memenangi hadiah menarik.

"Saya akuilah kempen ini sangat bagus kerana saya dapat baca pelbagai informasi dan berita terkini tanpa had," tambahnya.

Bukan itu sahaja, Hayazi tidak menyangkal bahawa harga yang dikenakan untuk langganan eksklusif amat berbaloi dengan hadiah yang boleh dimenanginya iaitu minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50 ml.

Katanya lagi, dia juga pengikut tegar portal Majoriti selepas melanggan dan menyertai kempen ini.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram