REZEKI yang tidak disangka-sangka buat Mohd Shahir Shaarani, 47, selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ke-10.
Meluahkan keterujaannya, Shahir menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa berdua bersama isterinya selepas memenangi hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson termasuk sarapan di Sky Pool Villa.
"Saya ingin bawa 'orang rumah' saya ke percutian selama dua hari satu malam itu, pasti terasa seperti berbulan madu," katanya.
Shahir sering menghabiskan masa berdua dengan melancong ke luar negara bersama isterinya, Shamsiah Farida (kanan).
Selain itu, dia yang merupakan seorang kakitangan bank turut mengidamkan hadiah utama iaitu kondominium yang bernilai RM602,800.
"Kalau ada rezeki, memang seronok menang hadiah kondominium LEA by the Hills kerana sekarang harga rumah juga mahal.
"Malah, kondo itu terletak di Taman Melawati, berdekatan dengan tempat kerja saya, selain dekat dengan rumah pertama saya di Selayang," katanya.
Di samping itu, Shahir berkata, dia sama sekali tidak menyangka mampu menjadi pemenang mingguan memandangkan dia tidak menyimpan harapan terlalu tinggi.
"Alhamdulillah apabila tahu menang itu sangat bersyukur, kerana saya sama sekali tidak mengetahui sedang berlangsung peraduan ini, jadi saya tidak terlalu berharap," katanya.
Mengulas lanjut, Shahir melanggan portal Majoriti kerana enggan terlepas untuk mengetahui isu-isu semasa yang terjadi.
"Apabila saya baru balik dari kerja, saya suka membaca berita, itu yang melanggan portal Majoriti," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram