TULAR sebuah video memaparkan kekecohan yang berlaku disebabkan sekumpulan pekerja pembinaan yang bergaduh sesama sendiri di kawasan rehat yang berada di sebuah tapak pembinaan.
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) oleh @nanmanjoi8715 pada Khamis, salah seorang pekerja pembinaan terbabit dilihat memukul pekerja lain dengan sebatang besi panjang.
Namun, kejadian itu dilihat berlarutan kerana berlakunya sesi balas-membalas terhadap pekerja berkenaan dengan menggunakan topi keselamatan dan sebatang penyapu.
Benda boleh gaduh, buat apa bincang.
Tak pasti kat mana. pic.twitter.com/hVHDFNJ7wT
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) November 8, 2023
Suasana di kawasan rehat itu juga dilihat bertukar lebih kecoh selepas pergaduhan besar itu berlaku.
Beberapa minit kemudian, kejadian dapat dikawal selepas beberapa pekerja lain mengambil tindakan segera untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Kejadian tersebut difahamkan berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana dipercayai tidak dapat tempat duduk untuk makan kerana dikatakan ramai yang berbaring di atas bangku yang disediakan.
Bagaimanapun, menerusi maklumat yang dikongsikan orang awam, insiden tersebut dipercayai berlaku pada 2022 dan ditularkan semula pada Khamis.
Sementara itu, tarikh dan lokasi kejadian juga masih belum dikenal pasti.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram