[VIDEO] Berebut pelanggan punca kes gaduh di Pasar Siti Khadijah — Polis


  • 112
  • Rabu, 08 Nov 2023

Tangkap layar pergaduhan yang berlaku di Pasar Siti Khadijah, Kelantan yang tular sejak Selasa.

POLIS mengesahkan pergaduhan yang tercetus di kawasan kedai makan berhampiran Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan berpunca daripada perebutan pelanggan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi Majoriti berkata, pihaknya menerima dua laporan berkait kejadian itu pada pukul 8.03 malam Isnin.

Rosdi berkata, pihaknya akan terus menjalankan siasatan lanjut berkait kes tersebut.

Mengulas lanjut, polis sedang mengesan serta menangkap suspek-suspek yang terlibat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, tular rakaman berdurasi seminit 43 saat menunjukkan beberapa orang bertengkar di dalam ruangan makan kawasan terbabit.

Turut dirakam, aksi seorang peniaga yang masih memakai apron berada dalam keadaan tidak puas hati sehingga menarik-naik baju seorang lelaki.

Pada masa yang sama, beberapa individu membelasah seorang lelaki yang berada di kawasan itu sehingga tersungkur di atas lantai.

Meskipun cuba dihalang oleh beberapa orang awam, pergaduhan itu masih berterusan apabila masing-masing enggan mengalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram