Pendaki Malaysia kongsi pengalaman berdepan detik maut di Puncak Mera


  • Massa
  • Selasa, 07 Nov 2023

Mohd Sadik bergambar ketika menjalankan ekpedisi tersebut. Pemandangan di belakangnya memaparkan pemandangan tiga puncak puncak tertinggi temasuk Gunung Everest.

APABILA paras oksigen darahnya merosot kepada 37 peratus, Mohamed Sadik Abdul Kadir tahu bahawa dia ketika itu sedang berdepan dengan kematian.

Sebelum ini sewaktu pandemik Covid-19, Kementerian Kesihatan mengingkatkan pesakit yang kuarantin di rumah untuk segera membuat panggilan kecemasan jika bacaan oksigen darah mereka menurun sehingga berada di bawah 92 peratus.

Tetapi untuk Sadik, tiada panggilan kecemasan yang boleh didail olehnya kerana dia berada kedudukan 5,800 meter(m) di atas paras laut dan berhadapan dengan suhu di bawah -10ºC.

Pada waktu itu, dia bersama tiga rakannya cuba menakluki Puncak Mera (6,476m), iaitu salah satu gunung terletak di banjaran Himalaya.

Perkara menakjubkan apabila anda sampai ke puncak adalah peluang untuk menyaksikan dengan mata sendiri pemandangan lima gunung tertinggi di dunia tanpa sebarang gangguan iaitu Everest (8,848m), Kangchenjunga (8,586m), Lhotse (8,516m), Makalu (8,485 m) dan Cho Oyu (8,201m).

Pengembaraan mereka bermula pada 13 Oktober lalu dengan kumpulan tersebut selamat pulang kembali ke tanah air pada 28 Oktober.

Daripada keempat-empat sahabat yang menjalankan ekspedisi itu, hanya Eric Pok, 50, yang berjaya mencapai ke Puncak Mera.

Untuk Philip Yong, 64, dan Vincent Chong, 52, kedua-dua mereka hampir menyempurnakan misi masing-masing namun terpaksa berpatah balik ketika berada di ketinggian 6,000m selepas mula mengalami simptom penyakit gunung akut (AMS).

Sementara itu, bagi Mohamed Sadik, 51, dia sudah menyedari mengenai simptom AMS yang dialaminya ketika berada kem terletak di ketinggian 5,800m dengan mula merasai pening kepala.

"Saya mengambil paracetamol untuk menanganinya," ujarnya.

Vincent Chong (front) at the upper base camp leading to Mera Peak in the Himalayas.

Vincent Chong (depan) di kem bahagian atas menuju ke Puncak Mera di Himalaya.

Semasa perjalanan bergerak ke tapak kem di bahagian atas, Mohamed Sadik turut mula mengalami halusinasi dengan dia tiba-tiba berasa seperti berada di di padang pasir dan berasa sangat panas walaupun ketika itu kawasan tersebut mencatat suhu di bawah sifar.

Malah, dalam keadaan separa sedar, dia juga seolah-olah melihat ais seperti pasir, bukannya salji.

Mohamed Sadik juga berusaha sedaya upaya untuk bernafas namun oksigen di kawasan udara yang nipis itu seakan-akan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tersebut.

Di kem atas, dua pemandu Sherpa dan rakan-rakannya membantunya mendirikan khemahnya dan menempatkannya.

Pada waktu tersebut, penglihatan Mohamed Sadik sudah berada dalam keadaan kabur dan menjadi semakin tidak jelas.

AMS ialah keadaan kesihatan dialami mereka mendaki dengan cepat ke ketinggian melebihi 3,352m tanpa membiasakan diri dengan keadaan persekitaran.

Kebiasaannya, manusia yang tinggal di kawasan dataran rendah mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri, dan sebagai perbandingan, Sherpa (penduduk dataran tinggi) dilahirkan dengan lebih pembuluh darah lebih banyak bagi setiap sentimeter persegi otot.

Mereka juga mempunyai dada dan kapasiti paru-paru lebih besar.

This is not a mountaineer in distress. He is the lead Sherpa of the expedition by Mohd Sadik and his friends, literally chilling on the snow while waiting for the rest to catch up.

Sherpa utama yang mengetuai ekspedisi Mohamed Sadik dan rakan-rakannya.

Jika dibiarkan, keadaan kesihatan seseorang yang menghidap AMS boleh merosot sehingga membentuk cecair di dalam paru-paru dan bengkak di otak, dengan kedua-dua situasi itu boleh membawa maut.

Apabila berada di kawasan melebihi 2,500m dari paras laut, pakar menasihatkan supaya pendaki melakukan pendaikan pada kadar tidak lebih daripada 300m hingga 500m sehari dan berehat selama sehari penuh sebelum meneruskan perjalanan.

Di atas ketinggian 4,000m, pakar menasihatkan untuk mengehadkan pendakian lebih jauh kepada hanya 300m sehari dan berehat selama dua hari sebelum meneruskan askar.

Di Malaysia, hanya Gunung Kinabalu (4,095m) mungkin menyebabkan situasi AMS. Puncak lain di Malaysia rata-ratanya hanya mempunyai ketinggian melebihi sekitar 2,000m.

Ketika berbaring di khemahnya untuk proses pemulihan, Mohamed Sadik berkata, dia mengimbas kembali bagaimana imej ahli keluarganya mula muncul seperti betul-betul beraa di hadapan matanya.

“Memang benar. Apabila anda menghadapi risiko kematian, anda melihat semua orang yang anda sayangi,” kata Mohamed Sadik, yang tinggal di Kuala Lumpur.

2375259

Tangkap layar video oleh Pok yang laluan terakhir ke puncak Mera Peak di Himalaya yang diketuai oleh Sherpa di hadapan.

Ingatannya terhadap makanan sup dan spageti yang diberikan ketika itu juga tidak begitu jelas.

Bagaimanapun, dia dengan pasti dapat mengingat jelas apabila dia begitu takut untuk tidur ketika itu kerana khuatir tidak akan kembali sedar.

Namun, dia akhirnya tetap tertidur dengan dia kemudiannya diberitahu bahawa dirinya mengalami keadaan apnea tidur yang teruk.

Ini kerana rakan-rakan Mohamed Sadik memaklumkan bahawa mereka dapat mendengar dia bergelut untuk bernafas walaupun semasa tidur.

Dengan rehat dan makanan yang diberikan, Mohamed Mohamed Sadik mula berasa lebih baik pada waktu Subuh hari berikutnya dengan dia turut berpeluang untuk melihat pemandangan landskap yang menakjubkan.

Apabila Eric kembali ke kem selepas menakluki puncak pada hari itu, kumpulan itu tidak menyembunyikan kegembiraan mereka.

“Pada akhirnya, kita hanya berlumba dengan diri sendiri. Kami semua berkongsi kegembiraan bersama-sama Eric.

“Saya fikir mungkin dengan berehat satu malam lagi, saya boleh mencuba puncak, tetapi Sherpa menasihatkan supaya saya tidak melakukannya.

Mereka telah melihat orang mati di sana, jadi saya memilih untuk mendengar nasihat mereka,” katanya.

A large group of mountaineers making their way across Mera Glacier towards the upper camp where they must rest for sufficient days before attempting the summit.

Sekumpulan besar pendaki gunung melintasi glasier Mera menuju ke kem bahagian atas di mana mereka mesti berehat selama beberapa hari sebelum mendaki ke puncak.

Bagaimanapun, hasrat Mohamed Sadik untuk menakluk puncak tersebut belum terpadam.

Dia yang gemar melakukan pelbagai pengembaraan sejak kecil, berazam untuk mengharungi Puncak Mera sekali lagi, yang mungkin akan dilakukan pada tahun depan.

“Saya menjalankan firma pembinaan saya sendiri, jadi saya agak sibuk dan mungkin tidak meluangkan masa latihan yang mencukupi. Saya akan cuba lebih gigih untuk pengembaraan seterusnya dan mendaki lagi,” katanya.

Dia percaya bahawa orang ramai harus mencabar diri mereka sendiri dan mengejar impian mereka, namun perlu sentiasa bersedia untuk berundur seketika dan hanya kembali mencuba apabila keadaan mengizinkan.

Pendaki gunung menganggap perkara yang mereka melakukan sebagai rekreasi.

Mereka didorong oleh motivasi dalaman untuk memulakan usaha yang mencabar dan berisiko ini.

Pada 5 Oktober lepas, pendaki gunung berpengalaman negara, Hazlami Ahmad Nizam, 33, warga Kedah yang tinggal di Kuantan, maut ketika dalam perjalanan ke Puncak Mera.

Kemudiannya, pada 30 Oktober lepas, pendaki gunung Parthiban Kandasamy, 38, seorang diplomat Malaysia, juga dilaporkan meninggal dunia ketika mendaki ke Kem Pangkalan Everest (5,364m) di Nepal. — The Star/ARNOLD LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram