Identiti mangsa maut kemalangan sendiri dalam longkang di Penaga sudah dikenal pasti


  • 112
  • Isnin, 06 Nov 2023

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh orang awam di lokasi kejadian di Penaga pada Ahad malam. — Facebook

SEORANG lelaki ditemui maut di dalam longkang selepas motosikal dinaiki dipercayai terlibat dalam kemalangan dekat Jalan Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang pada Ahad malam.

Difahamkan, mayat mangsa ditemui oleh orang awam dekat lokasi kejadian.

"Kejadian malam tadi (Ahad), seorang penunggang Motorsikal dari Permatang Janggus Penaga ditemui telah meninggal dunia akibat kemalangan berseorangan.

"Jika ada saksi kejadian diminta tampil membantu," tulis laman Faceboook Saya Orang Penaga - S.O.P pada Isnin.

Menurut maklumat yang diperoleh, identiti lelaki berkenaan sudah dikenal pasti dan dipercayai berasal dari Kampung Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, rata-rata daripada warganet melahirkan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

Pada masa sama, terdapat juga netizen turut berkongsikan kerisauan berhubung insiden kemalangan yang didakwa kerap berlaku di kawasan tersebut.

"Kenapa selalu tragedi kemalangan suka jadi dekat Penaga ya? Kerap sangat dengar," tulis Syafiq Azman.

Setakat laporan ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram