SEORANG pemandu maut manakala 11 lagi cedera termasuk 10 dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (Peyara) selepas terlibat kemalangan berhampiran Felda Sungai Sayong, Jalan Kluang- Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor pada Jumaat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Pegawai Bomba Kanan II, Awang Ismail Awang Hanafli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 7.37 malam.
"Seramai tujuh anggota bomba dibantu sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah van Kia Pregio yang membawa seramai 10 anak-anak yatim dari Peyara.
JOHOR 03/11/2023.
Kemalangan melibatkan van dan kereta di Jalan Kota Tinggi, dekat Felda Sungai Sayong, hari ini.
Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian. pic.twitter.com/rHIn3MXDp3
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) November 3, 2023
"Pemandu kereta tersebut tersepit manakala pemandu dan semua mangsa dalam van cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.
Beliau berkata, pemandu kereta berkenaan, Aminudin Sanusi, 54, berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.
Tambah beliau, operasi ditamatkan pukul 8.31 malam.
Katanya lagi, pemandu van iaitu lelaki berusia 41 tahun, empat remaja 14 tahun, seorang remaja lelaki 13 tahun, seorang kanak-kanak lelaki 9 tahun, seorang remaja perempuan 14 tahun dan tiga remaja perempuan 15 tahun dihantar ke Hospital Kulai.
Difahamkan, mangsa yang maut, Aminudin Sanusi merupakan seorang imam sebuah masjid di Johor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram