SUASANA bertukar kecoh apabila sebuah kereta yang dipandu penganjur pameran kenderaan melanggar pengunjung di pusat beli-belah Paragon, Kota Semarang, Indonesia pada Sabtu.
Menerusi video yang sempat dirakam oleh saksi dan tular di media sosial, kereta jenis Honda Brio kuning dilihat berada di hadapan eskalator selepas dipercayai hilang kawalan ketika kejadian.
Ketua Polis Semarang Tengah, Indra Romantika berkata, saksi mengatakan bahawa salah seorang penganjur pameran itu sedang melayan seorang pengunjung sebelum sebuah kereta melalui kawasan tersebut dengan laju.
— ØTöNGKØiL (@0tk0il) November 5, 2023
“Kereta itu berpusing kerana berada di atas permukaan lantai yang licin. Maka, ia pun tergelincir ke tengah dan dikatakan pemandu tidak dapat mengawalnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada masa sama, tiada sebarang kemalangan jiwa melibatkan para pengunjung dilaporkan sekitar kejadian.
"Kereta tersebut sempat melanggar beberapa pengunjung, namun tiada yang mengalami kecederaan parah," katanya.
Sementara itu, pemandu kereta berkenaan sudah dibawa untuk siasatan lanjut berhubung kejadian dan pihak penganjur pameran itu dikatakan sudah bertanggungjawab.
"Pada Sabtu, pihak kami telah menjalankan siasatan dan dan pihak penganjur pameran tersebut juga sudah bertanggungjawab," jelasnya lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram