[VIDEO] PLKN bakal kembali, tempoh lebih singkat


  • Primer
  • Isnin, 09 Okt 2023

PLKN 3.0 bakal memberi pulangan yang baik kepada modal insan yang akan menyertainya nanti, kata Mohamad Hasan dalam Dewan Rakyat pada Isnin.

KERAJAAN akan meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan kaedah latihan yang berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, terdapat 13 kem tentera Wataniah yang boleh menampung sebanyak 20,000 pelatih bagi latihan PLKN selama 45 hari.

"Kerajaan telah memikirkan untuk meneruskan semula PLKN ini. Jemaah Menteri pada 2021 telah pun meluluskan untuk mengkaji semula cara baharu untuk meluluskan PLKN kerana ia amat baik untuk memberikan asas ketatanegaraan kepada belia kita.

"Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN ini, tetapi dengan template (acuan) baharu, bukan dengan menggunakan template lama yang dulu dilakukan lebih kepada kem musim panas.

"Tetapi kita mahu kali ini (PLKN dilaksanakan) tanpa berbelanja banyak, tetapi lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan yang akan menyertainya nanti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram