Baru sebulan tinggalkan Sabah, Asmadi tiba-tiba dapat 'rezeki terpijak' ke PD


  • Bizz
  • Khamis, 02 Nov 2023

Asmadi tak sangka mendapat 'rezeki terpijak' sebaik berhijrah ke semenanjung dalam tempoh cuma sebulan.

TIDAK mampu menyembunyikan lagi perasaan teruja, Mohamad Asmadi Awang Tahibul, 21, bersyukur diberi peluang sebagai salah seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu kesembilan.

Asmadi yang berasal dari Sabah itu mendedahkan bahawa ia merupakan rezeki yang tidak disangka-sangka selepas baru sahaja sebulan berpindah dan menetap di Selangor.

Dia yang memenangi percutian ke Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan selama dua hari satu malam di Premium Pool Villa, Port Dickson, Negeri Sembilan termasuk sarapan untuk dua orang itu juga berkongsi perancangan percutiannya kelak.

"Jika sudah terima baucar itu, saya rancang mahu pergi bercuti ke Port Dickson bersama rakan-rakan," katanya kepada Majoriti.

msg1050426791-18266

Asmadi yang merupakan pemenang kempen Langgan dan Menang minggu kesembilan.

Katanya, dia berhijrah ke Selangor bagi menambahkan pendapatan selain membantu ibu bapa di kampung.

Setiap pemenang mingguan sememangnya pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memenangi hadiah utama.

Begitu juga dengan Asmadi, walaupun masih remaja, dia juga tidak teragak-agak untuk merebut hadiah sebuah kondominium tajaan OSK Property Holdings Bhd bernilai RM602,800 di Taman Melawati, Selangor.

"Tiada hadiah lain yang saya mahukan, hanya kondo jadi sasaran kerana memang mahu menetap sepenuhnya di Selangor dan tidak akan kembali ke Sabah lagi," katanya.

Asmadi yang bekerja di sebuah gudang kasut di Selangor juga menyatakan bahawa harga langganan yang ditawarkan amat berbaloi dan murah.

"Bagi saya memang murah dan berbaloi sebab boleh menang hadiah-hadiah lumayan," jelasnya.

Bukan itu sahaja, kempen Langgan dan Menang Majoriti katanya juga dapat memberikan informasi dan berita-berita terkini selain memenangi hadiah menarik.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang pemenang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti juga masih berlangsung dan akan berakhir pada 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram