Suami yang letak nama, ibu mengandung tumpang tuah anak bolot hadiah mingguan


  • Bizz
  • Rabu, 01 Nov 2023

Nur Hamizah (kanan) dan suaminya, Ahmad Shahrul bersama hadiah mingguan yang dimenangi iaitu minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml.

TUAH ibu mengandung. Itulah gambaran tepat bagi menggambarkan nasib beruntung pemenang minggu ke-10 Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Pembantu pegawai perubatan, Nur Hamizah Kamarudin yang sedang hamil anak kelimanya berkata, ketika menyertai peraduan, dia sememangnya tiada menyangka namanya akan diumumkan sebagai pemenang.

Jelasnya, ini kerana dia langsung tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana hadiah dalam kempen tersebut.

"Malah sebenarnya, yang letak nama saya untuk ikut serta itu pun suami saya. Jadi tak sangka pula sya yang menang. Sebab selalunya yang bertuah dia (suami)," katanya kepada Majoriti.

Nur Hamizah, 38, yang membawa pulang minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml merupakan salah seorang daripada 11 pemenang hadiah mingguan yang diumumkan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang tinggal di Cheras, Selangor berkata, kemenangan itu membuatkan dirinya lebih teruja untuk menunggu nama bakal dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama dalam peraduan kali ini.

"Jadi kalau ada rezeki memang saya harap untuk peroleh hadiah utama dalam kempen kali ini yang berupa sebuah rumah kediaman kondomonium," ujarnya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Dalam pada itu, turut berkongsikan harapan sama untuk memenangi hadiah utama itu ialah suami Nur Hamizah, Ahmad Shahrul Yusof, 38.

Menurutnya, sebaik mengetahui mengenai peraduan tersebut, dia juga terus mengambil keputusan untuk mengajak isterinya supaya terus ikut serta bagi mencerahkan lagi peluang untuk menang.

"Lepas ikut serta dalam peraduan ini, saya pun turut mula dapatkan berita dan perkembangan terkini dan isu semasa di portal berita Majoriti," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram