Anggota tentera pasang impian menangi kerusi urut OGAWA, mahu 'terbangkan' untuk ibu bapa di Sarawak


  • Bizz
  • Selasa, 31 Okt 2023

Lim Maxwell merupakan pemenang minggu ke-10 bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Lim Maxwell Anak James, 22, kini menaruh harapan yang lebih besar untuk memenangi hadiah utama kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Lim merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu ke-10 dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml meluahkan rasa gembira selepas mendapat tahu dia masih berpeluang untuk merebut hadiah utama berupa kerusi urut OGAWA VPresto.

WhatsApp Image 2023-10-30 at 7.46.56 PM (2)

Lim Maxwell merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.

Pemenang yang merupakan seorang anggota tentera itu memendam harapan untuk memenangi kerusi urut kerana ingin dihadiahkan buat kedua-dua orang tuanya.

"Saya rasa hadiah kondo terlalu besar untuk saya, kerana saya juga tinggal di kem tentera, jadi dalam banyak-banyak hadiah mewah, saya ingin merebut kerusi urut OGAWA.

"Mana tahu ada rezeki, dapatlah saya berikan sebagai hadiah buat kedua-dua orang tua saya yang berada di Kuching, Sarawak," katanya.

Lim Maxwell turut meluahkan rasa syukurnya kerana terpilih sebagai pemenang mingguan bagi hadiah minyak wangi berjenama kerana sama sekali tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk memenangi hadiah ini.

"Pada awalnya, saya melanggan portal Majoriti kerana saya memang minat membaca, saya juga suka membaca buku, jadi saya rasa banyak maklumat dapat diperoleh dengan melanggan portal ini.

"Tapi tidak sangka pula terpilih sebagai pemenang mingguan, memang seronok bila dapat tahu mengenai kemenangan ini, dalam minggu depan saya akan ambil hadiah ini di Menara Star di Petaling Jaya," katanya.

Meluahkan keterujaannya, Lim Maxwell turut berkongsi mengenai kempen Langgan dan Menang kepada rakan-rakannya yang lain.

"Saya ada beritahu kawan-kawan juga bila dapat tahu menang, nanti mereka juga mahu mencuba nasib dengan menyertai peraduan ini," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram