Nurfazlyana dalam dilema mahu menang kondo atau baucar AEON RM25,000


  • Bizz
  • Isnin, 30 Okt 2023

Nurfazlyana merupakan pemenang minggu kelapan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TIDAK menyimpan harapan tinggi, Nurfazlyana Shahira Mohd Rosli, 29, terkejut dipilih sebagai salah seorang pemenang mingguan dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Nurfazlyana yang bekerja sebagai pembantu jualan merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml bagi minggu kesembilan.

"Sebenarnya saya hanya cuba-cuba nasib sahaja, memang tidak sangka nama saya mampu dipetik untuk menang hadiah bernilai RM395 itu meskipun baru melanggan portal Majoriti dua minggu lepas," katanya.

Selain itu, Nurfazlyana berasa gembira mampu memenangi hadiah kerana ini kali pertama dia bertuah dalam sebarang peraduan.

"Sepanjang saya hidup, ini kali pertama saya bertuah menang hadiah mewah, memang sebelum ini selalu tiada luck.

"Yang paling seronok, saya baru sahaja melanggan sudah terpilih," katanya.

Setelah berjaya menjadi pemenang mingguan, kini Nurfazlyana ingin merebut hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati.

"Apabila saya tahu pemenang mingguan masih ada peluang menang hadiah utama, saya idamkan kondo kerana setakat ini, saya masih tinggal bersama keluarga.

"Saya juga ada rancangan untuk miliki rumah sendiri, jadi alang-alang sudah masuk peraduan ini, mahu rebut hadiah itu, mana tahu ada rezeki untuk dijadikan rumah pertama," katanya.

Selain itu, dia juga tertarik untuk memang baucar AEON bernilai RM25,000 kerana sering berbelanja di AEON.

"Saya selalu ke AEON kerana semua barangan ada terjual di AEON, baju-baju dia juga cantik, jadi kalau terpilih, mudah untuk saya berbelanja, hanya guna baucar itu sahaja," katanya.

WhatsApp Image 2023-10-29 at 6.15.51 PM

Nurfazlyana merupakan pemenang bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.

Nurfazlyana turut memuji kandungan berita Majoriti selepas dia melanggannya.

"Saya berasa tidak sia-sia melanggan portal ini, kerana saya dapat mengetahui banyak maklumat mengenai berita semasa, selain daripada mampu terpilih menjadi pemenang mingguan.

"Saya jarang menonton televisyen jadi hanya dengan membaca portal ini mampu tahu mengenai kejadian yang berlaku di dalam negara dan luar negara," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram