Harga telur, ayam dijangka naik lepas 30 Oktober selepas tiada lagi kawalan subsidi


  • Massa
  • Ahad, 29 Okt 2023

Harga ayam dan telur yang dijangka akan naik selepas 30 Oktober (Isnin). — The Star

HARGA bahan mentah seperti telur dan ayam kian mencanak naik dilihat tidak mampu dibendung lagi yang sekali gus memberi tekanan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Perkara itu terus berlaku apabila pelaksanaan apungan harga ayam dan telur yang dijangka akan menyebabkan kenaikan harga barang tersebut selepas 30 Oktober (Isnin).

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, hal tersebut berlaku kerana tiada lagi kawalan harga dan subsidi dan menyebabkan harga makanan akan terus meningkat di pasaran tempatan.

"Permasalahan dia adalah ada pihak akan ambil kesempatan. Bila kita tengok sebelum ini bila diapungkan harga, berlaku pesta kenaikan harga terhadap barangan keperluan ini terutama ayam dan telur yang telah menjadi makanan terhadap golongan B40 dan juga miskin tegar dia banyak makan telur.

"Jadi bila diapungkan harga berlaku kenaikan yang sangat tinggi dan kerajaan perlu mengawal balik harga," katanya dalam program Fokus Minggu Depan pada Sabtu.

msg1050426791-18125

Yusrizal Yusoff menjelaskan tentang kenaikan harga ayam dan telur yang bakal dilaksanakan selepas 30 Oktober nanti. — Astro Awani

Pada masa sama, Yusrizal berkata, apa yang boleh dilaksanakan kerajaan adalah dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga secara tegas supaya harga tidak naik secara mendadak apabila apungan itu dilakukan kelak.

Yusrizal menambah, sekiranya kenaikan harga ayam dan telur berlaku lagi, lebih banyak pengusaha akan menutup perniagaan mereka pada masa akan datang.

"Kita jangkakan peristiwa ini akan berlaku juga sekiranya berlaku pengapungan harga ayam dan telur. Para peniaga industri kecil SME ini akan menaikkan harga makanan mereka.

"Pengguna yang tidak sempat makan di rumah mungkin akan terbeban dengan permasalahan ini dan pengguna hari ini berfikir untuk jimat kos hidup mereka yang mana gaji yang rendah ini seterusnya kurangkan kuasa membeli," katanya lagi.

LABUAN, 1 Okt -- Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian terutama beras dan telur ayam pada harga yang lebih rendah sempena Program Jualan Rahmah Peringkat Labuan di salah sebuah pasaraya di Jalan Mohammad Salleh hari ini.Program jualan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu melibatkan jualan beras import pada harga Rahmah.Pengguna di Labuan mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran melalui pelaksanaan program itu.Barang jualan yang ditawarkan merupakan barangan keperluan utama isi rumah yang mendapat permintaan tinggi seperti beras, ayam segar, telur ayam, minyak, gula dan tepung.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bukan sahaja harga ayam dan telur, malah harga beras juga menjadi isu. — Gambar hiasan

Selain itu, pihaknya juga menerima banyak aduan daripada peniaga susulan kenaikan harga beras sebelum ini seterusnya menyebabkan kuasa membeli mula menujukkan trend penurunan.

Pada 19 Oktober, Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman turut memberi penjelasan tentang persetujuan membuat pengapungan harga telur dan ayam pada kadar yang munasabah.

Namun, langkah tersebut juga dikatakan perlu dilakukan dengan konsisten bagi membantu para peniaga mengawal harga produk yang dijual di pasaran. — Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram