SEORANG penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing mengalami kecederaan selepas terbabit dalam satu kemalangan.
Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain yang turut berada di lokasi kemalangan, sebelum ia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Impak kemalangan tersebut mengakibatkan kedua-dua mangsa melambung tinggi sebelum melanggar kereta Perodua Myvi di hadapan mereka.
Berdasarkan video tersebut, salah seorang mangsa dilihat melayang ke atas kereta, manakala seorang lagi terkena bahagian tepi kenderaan terbabit sebelum kedua-duanya terjatuh di tengah-tengah jalan raya.
Meskipun jatuh dalam keadaan mengerikan, dua orang lelaki berkenaan dilihat masih mampu untuk bangkit semula.
Namun, punca dan lokasi kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, terdapat warga maya yang mendakwa motosikal tersebut dipandu secara laju hingga menyebabkan mereka melambung ke udara.
"Gaya tercampak bermakna motor amat laju dan di luar kawalan, telah melanggar bahagian belakang kereta merah," kata @DatoMehmet.
"Nak cilok tapi kurang skil," kata @farhansyaqirin.
"Laju tak sempat nak brek lah tu," ujar @frankrxII.
Hasil semakan Majoriti mendapati kejadian tersebut berlaku pada Februari 2023, namun tiada kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram