[VIDEO] Minah motor melambung tersembam, motosikal terlanggar kabel melintang tengah jalan


  • Benua
  • Sabtu, 23 Sep 2023

Tangkap layar memaparkan kejadian seorang wanita yang terpelanting lalu jatuh tersembam ke atas jalan raya setelah motosikalnya terjerut dengan tali kabel gentian optik di China.

SEORANG wanita terpelanting setelah motosikal ditungganginya terlanggar kabel gentian optik di sebuah jalan raya hingga mengakibatkan dia terjatuh di atas jalan.

Kejadian malang yang dipercayai berlaku di China itu dikongsikan di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Sebelum insiden itu, kelihatan sebuah lori melalui kawasan tersebut dan dipercayai secara tidak sengaja telah melanggar kabel berkenaan hingga menyebabkan ia terjatuh dari kabel kuasa utama dan tergantung.

Berdasarkan video berdurasi lapan saat itu, wanita berkenaan dilihat masih boleh bangun meskipun badannya tersembam ke atas jalan raya dengan bunyi yang agak kuat sebaik motosikalnya melanggar tali kabel terbabit.

Sementara itu, untuk makluman, kejadian hampir sama pernah dilaporkan berlaku di Indonesia sebelum ini apabila leher seorang pemuda bernama Sultan Rif'at Alfatih, 20, terjerut kabel gentian optik pada 5 Januari lalu.

Difahamkan, selain kehilangan suara, keadaan Sultan sehingga kini masih belum baik sepenuhnya.

Lebih menyedihkan, dia perlu menggunakan tiub yang dimasukkan ke dalam hidung untuk makan dan minum. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram