[VIDEO] Pandu secara melulu dan dipercayai mabuk, pemandu BMW punca kemalangan maut di MEX


  • Tular
  • Selasa, 24 Okt 2023

Keadaan kenderaan BMW yang terbalik akibat dipandu secara berbahaya di lebuhraya MEX pada Ahad.

SEORANG pemandu mewah BMW menyebabkan kemalangan maut selepas memandu secara berbahaya di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Kuala Lumpur pada Ahad.

Menerusi video yang tular di media sosial sejak Isnin, pemandu BMW tersebut dilihat memandu secara laju dan melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terbalik ke bahu jalan.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan di Twitter (X) oleh @ohtweet, pemandu dan penumpang BMW itu difahamkan dalam pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku.

Dalam kejadian itu, penumpang BMW itu yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut difahamkan tercampak keluar dari kereta dan maut di lokasi kejadian manakala pemandunya yang dipercayai rakan mangsa hanya mengalami kecederaan kecil.

Kejadian tersebut turut dirakamkan dashcam sebuah kenderaan lain.

msg1050426791-17966

Keadaan kereta BMW yang terbalik akibat pelanggaran yang kuat. — Twitter/@ohtweet

Rakaman dashcam tersebut menunjukkan, BMW tersebut cuba memotong sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tetapi gagal dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbabas.

Mangsa yang berada dalam MPV itu dipercayai merupakan sepasang suami isteri itu juga dikatakan terselamat dan hanya mengalami kecederaan pada badan.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung kemalangan tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram